Bagi graduan lepasan universiti pastinya tidak asing lagi bagi mereka apa itu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Kebanyakan graduan ini akan berdaftar dengan suruhanjaya ini apabila tamat pengajian dengan harapan dapat perkerjaan di sektor awam.
Untuk menjadi kakitangan kerajaan bukanlah mudah. Calon yang memohon akan ditapis dan disaring untuk memastikan hanya hanya yang benar-benar layak sahaja akan di beri tempat. Calon di nilai dari peperiksaan dan temuduga yang di jalankan.
Di sini aku nak share sedikit bentuk soalan peperiksaan SPA ini:-
Bahagian 1
Seksyen ini mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya. Ia merangkumi pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial/infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.
Seksyen B - Daya menyelesaikan Masalah
Seksyen ini mengukur Kecekapan calon untuk menyelesaikan masalah menggunakan tiga elemen berikut:-
i. Kemahiran Logik
- Elemen ini mengukur kemahiran berfikir serta kemahiran pengaplikasian dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
ii. Kemahiran Menginterpretasi Data
- Elemen ini mengukur kecekapan calon untuk menganalisis data untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
iii. Konsep Matematik
- Konsep matematik yang diukur merangkumi algebra dan geometri. Asas matematik tersebut tidak melebihi sukatan dalam Kertas Matematik tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).
Seksyen C - Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Seksyen ini mengukur kefahaman dan pengertian berasaskan 4 petikan karangan yang dikemukakan iaitu 2 dalam Bahasa Melayu dan 2 dalam Bahasa Inggeris. Setiap petikan diikuti dengan 5 soalan.
Seksyen D dan E - Esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Bahagian 2
Seksyen A - Sahsiah DiriSeksyen ini untuk mengenal pasti profil sahsiah calon. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan dan perlu menjawab dengan jujur tentang diri sendiri.
Seksyen B - Minat
Seksyen ini mengenal pasti kecenderungan calon dari segi bidang kerjaya yang diminati. Calon dikehendaki menjawab kesemua soalan.
Selamat Maju Jaya
Adios~~~