Tahukah anda apa itu bank perdagangan? Mungkin anda sudah biasa dengan istilah bank komersil di mana anda membuka akaun simpanan anda dan antaranya Maybank, CIMB Bank, Bank Islam, BSN, RHB Bank dan sebagainya.
Bank perdagangan sebenarnya berbeza dengan bank komersil dari segi skop produk dan operasinya. Contoh bank perdagangan di Malaysia adalah seperti Bank Pembangunan, SME Bank, Aseambankers Malaysia Bhd, AmInvestment Bank Bhd, Affin Investment Bank Bhd dan lain-lain.

Perbezaan yang paling ketara adalah segmen pasaran dan aktivinya. Bank Perdagangan lebih kepada kepada pasaran konglomerat dengan menawarkan perkhidmatan menerbitkan sekuriti untuk menghasilkan dana, memberi perkhidmatan nasihat dan sokongan kepada syarikat yang memerlukan atau menjalani proses penggabungan dan pengambilalihan, penstrukturan semula dan lain-lain.
Bank komersil pula lebih kepada menawarkan produk kepada pasaran syarikat industri kecil & sederhana dan perseorangan. Bank komersil menerima deposit dari pelanggan iaitu dengan membuka akaun simpanan, akaun simpanan tetap, akaun semasa dan lain-lain.
Selain daripada menerima deposit, bank komersil juga menawarkan pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, bancassurance, kad kredit dan dan macam-macam lagi.
Apa yang pasti, bank perdagangan adalah tidak sama dengan bank komersil. Cara paling senang untuk mengetahui sama bank itu bank perdagangan atau bank komersil, lihatlah di dalam bank, kalau tiada mesin ATM, itulah bank perdagangan.