Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Masa Depan Gelap Jika Tak Masuk Universiti ?

 
Keputusan peperiksaan awam sudah diumumkan. Setiap pelajar mempunyai tahap pencapaian akademik yang berbeza-beza iaitu cemerlang, sederhana dan tidak kurang pula yang gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Bagi pelajar yang mencapai keputusan yang sangat cemerlang,  mereka lebih mudah untuk berjaya mendapat tempat melanjutkan pengajian ke prauniversiti atau matrikulasi sama ada dalam atau luar negara.


Tetapi, bagi yang mendapat keputusan yang sederhana atau gagal janganlah beranggapan bahawa masa hadapan anda telah kabur atau hancur. Sebenarnya, banyak cara yang boleh anda lakukan untuk menebus kekurangan atau kegagalan masa lepas.

Anda boleh mengikuti pengajian di peringkat prauniversiti atau diploma di universiti dan kolej-kolej swasta. Universiti dan kolej ini menawarkan pelbagai bidang pengajian yang mungkin bersesuaian dengan minat dan kelulusan pelajar.


 
Selain itu, pelajar boleh meneruskan pengajian ke tingkatan enam dan seterusnya menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Atau anda juga boleh menduduki semula peperiksaan SPM. Mungkin pelajar akan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Bagi yang sangat berminat dengan ilmu kemahiran, para pelajar juga boleh memohon memasuki institusi latihan kemahiran anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran.


Sebenarnya banyak pilihan untuk difikirkan dalam menentukan kerjaya dan masa hadapan masing-masing walaupun keputusan SPM yang diperolehi kurang cemerlang atau gagal.

Walaupun tidak berpeluang untuk melangkah ke menara gading, namun anda juga mempunyai haluan lain yang boleh membawa kejayaan pada masa hadapan asalkan tahu bagaimana untuk merebut peluang yang berada di depan mata.

Adios~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

EgNaro said...

masa tahun 1999 time aku tingkatan 3..ramai member2 lepas PMR terus nak benti konon nak keje..aku time sekolah jeles je tengok diorang da keje dapat beli moto..cuma skang bila dipk2kan..kesian diorang..still keje gaji taraf PMR..baru tau menyesal..

Sharinginfoz said...

hmmmm memang semua nak pi masuk universiti... tapi kalau tak dapat maybe ada yang lebih baik.... so tak le gelap...

Melabur Dalam Emas

Main Farmville???

ParkAir said...

time sekolah memang kena set mind untuk masuk U. kalu xleh baru la kena bagi kesedaran bahawa banyak lagi ilmu yang boleh di dapati selain daripada universiti.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget