Biasanya berapa ringgit jumlah perbelanjaan anda dalam sehari? RM 10, RM 50 atau RM100? Selalunya jumlah perbelanjaan ini bergantung kepada status individu itu sendiri dan peranannya. Contohnya, dalam keluarga yang mempunyai 3 orang anak mungkin memerlukan perbelanjaan sekitar RM 30 sehari berbeza dengan golongan bujang yang anggarannnya dalam RM 10 sehari.
Dah jadi kemestian bila dah dapat gaji tu mulalah berkeliaran di shopping complex mencari sesuatu untuk dibeli mengikut kemahuan. Jika tidak di kawal perbelanjaan, sampai tengah bulan je dah kering poket. Macam mana nak atasi masalah ni?
Di sini aku ingin berkongsi tips untuk mengawal perbelanjaan harian dari perspektif aku sendiri:-
1. Membuat anggaran perbelanjaan bulanan
Buatlah anggaran perbelanjaan bulanan. Contohnya bil air + letrik + telefon + astro = RM 200, barang-barang dapur RM 300, perbelanjaan persekolahan RM 200 dan sebagainya. Kalau perlu buku untuk dicatat lagi baik supaya nampak lebih jelas lagi. Pastikan juga ada peruntukan untuk tujuan kecemasan, manalah tahu kereta rosak ke atau road tax dah mati.
2. Bawa wang secukupnya sahaja
Bawa wang secukupnya sahaja apabila anda jalan-jalan ke pusat membeli belah atau tempat-tempat tertentu. Ini dapat menghindari dari boros belanja itu ini yang tak perlu.
3. Gunakan kad kredit apabila perlu sahaja
Kurangkan amalan penggunaan kad kredit semasa membeli belah. Ini kerana ia mendorong anda berbelanja lebih. Gunakan kad kredit ketika di perlukan sahaja contohnya kecemasan. Lagipun berbahaya apabila anda kerap menonjolkan kad kredit anda. Manalah ada yang memerhati.
4. Bergaul dengan golongan sederhana
Bukan bererti menghalang anda dalam hal pergaulan. Apa yang perlu anda ingat adalah pergaulan juga mampu merubah gaya hidup kamu.Contohnya jika anda berkawan dengan orang kaya takkan nak lepak dengannya di gerai di tepi jalan je. Mungkin dia akan mengajak anda makan di restaurant ternama. Kerana tidak mahu air muka jatuh, anda juga akan berbelanja sepertinya. Oleh itu, carilah kawan di kalangan yang sederhana sahaja.
5. Rajin Menabung
Biasakan diri anda untuk menabung. Wang lebihan dari perbelanjaan anda boleh lah masukkan dalam tabung. Menabung ini untuk hari tua anda juga. Kalau tak sempat tua pun untuk anak cucu anda. Manalah tahu wang terkumpul dalamnya cukup untuk membayar duit ansuran kereta anda. Kan untung tu..
Adios~~~