Ber'umpan'kan air minuman, akhirnya pelajar itu berjaya diselamatkan oleh pihak bomba setelah puas memujuk hampir 1 jam.
Komen aku:-
- Bagi aku budak ni memang seorang yang berani. Bukan berani kerana terjun bangunan tetapi berani kerana dapat meluahkan rasa CINTAnya kepada perempuan yang beliau minati. Bukan senang nak luahkan perasaan beb. Kena tebal muka tu.. Bukan senang nak cari lelaki macam ni zaman ni (termasuk aku).
- Tapi awak tu masih muda. Baru berumur 14 tahun. Keutamaan harus di berikan kepada pelajaran bukannya cinta. Bila dah berjaya dewasa nanti, InsyaAllah cinta yang akan datang sendiri kepada anda. Memanglah perasaan itu sukar di bendung tetapi haruslah bijak mengawalnya. Percintaan 'monyet' selalunya tak ke mana pun (mengikut pengalaman aku la).
- Terjun bangunan (bunuh diri) bukanlah jalan terbaik menyelesaikan masalah. Kalau malu sekali pun tukar sahaja sekolah habis cerita. Di sekolah baru nanti mulalah hidup baru dan secara tidak langsung dapat melupakan kisah lalu. Tak pernah terfikir ke dik?...
Adios~~~