Sekarang ini umat Islam boleh berbangga dengan adanya pusat makanan seumpama KFC tapi dimiliki sepenuhnya oleh ummat Islam, bumiputera, dan tahap kebersihan dan halal pun amat meyakinkan.
Radix Fried Chicken adalah hasil usaha syarikat Herba Perubatan Al Wahida (HPA) membangunkan sebuah pusat makanan alternatif baru yang telah menjadi tarikan baru di Sungai Petani, Kedah. Lokasinya berhampiran dengan pasaraya besar Tesco.
Proses penyembelihan yang dilakukan adalah menurut kehendak Islam. Semuanya dijamin halal sampailah kepada proses menyediakan makanan yang siap dimakan.
RFC juga menghasilkan radix cola sendiri sebagai alternatif kepada coca-cola dan rempah ratus yang digunakan sebagai adunan ayam RFC juga diproses dengan adunan terpilih dan tersendiri.Chili sos,tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Perlis.
Syabas buat Radix Fried Chicken. Mungkin lepas ini restaurant ini akan di buka di bandar-bandar utama seluruh Malaysia. Diharapkan ianya akan mendorong lebih ramai lagi bumiputera untuk menceburi bidang keusahawanan yang sebelum ini di monopoli oleh bangsa lain.
Adios~~~