Penduduk setempat dan sekitar Hulu Selangor dijemput menjamu selera dengan nasi lemak dan teh tarik pada "kenduri rakyat" anjuran Jabatan Warisan Negara (JWN) pada 24 April 2010 ini.
Selain nasi lemak dan teh tarik, makanan tradisi Cina seperti 'char kuey teow' dan pau serta makanan tradisi India seperti apam dan putu mayum turut disajikan.
Selain nasi lemak dan teh tarik, makanan tradisi Cina seperti 'char kuey teow' dan pau serta makanan tradisi India seperti apam dan putu mayum turut disajikan.
Antara acara lain yang turut di anjurkan adalah seperti pameran pakaian tradisional, pameran permainan tradisional dan pameran ular oleh Jabatan Muzium Negara. Turut diadakan demonstrasi masakan Sabah dan Sarawak.
Di samping itu, pelbagai pertandingan juga telah direncanakan untuk pengunjung, antaranya pertandingan kukur kelapa, pertandingan aksi teh tarik, pertandingan menebar roti canai, pertandingan permainan tradisi dan cabutan bertuah.
Majlis yang di anggap juga sebagai "kenduri rakyat" ini akan menjadi platform untuk memperkenalkan makanan warisan kepada masyarakat dan merapatkan hubungan antara kaum.
Hmm.. memang mewah orang Hulu Selangor semenjak 2 minggu ini. Maklumlah Pilihanraya Kecil akan di adakankan di situ. Macam-macam mereka dapat seperti beras dan kain pelikat. Macam Santa Claus turun dari langit pula. Apa-apa pun kepada pihak yang menang nanti jangan lupa tanggungjawab anda kepada masyarakat di situ yang mengundi anda..
Adios~~~