Hari perkahwinan adalah hari paling terindah dalam sejarah hidup seseorang. Memegang gelaran 'Raja Sehari' membawa seribu satu pengertian buat pasangan yang diraikan. Untuk mengenang hari bersejarah itu, timbulnya pelbagai tema perkahwinan 'luar biasa' yang sukar dilupakan sepanjang hayat.
Bagi pasangan dari Amerika, Gayle, 29, dan Ed Robinson, 34, memilih tema Flinstones untuk hari perkahwinan mereka kerana mereka meminati kartun flinstones. Untuk menampilkan tema itu, mereka menggunakan kostum Fred dan Wilma Flinstones pada hari penkahwinan mereka.
Jom kita terjah pasangan ini di hari perkahwinan mereka:-
Orang Barat memang 'berani' bereksperimen dalam perkahwinan mereka. Bagaimana pula orang kita? Kalau pakai baju sebegini silap-silap orang sangka orang zaman batu baru keluar dari hutan. Kalau macam tu cukuplah naik beca keliling kampung meraikan 'raja sehari'..
Adios~~~