Baru-baru ini di Dewan Rakyat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menolak tanggapan merokok mampu menurunkan berat badan seperti kepercayaan segelintir wanita di negara ini, yang menghisap rokok semata-mata ingin menjaga badan untuk kelihatan kurus.
Peningkatan perokok di kalangan wanita semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Sepatutnya mereka seharusnya merujuk kepada klinik atau hospital kerajaan bagi mendapatkan nasihat yang betul untuk mendapatkan bentuk badan yang menawan.
Tanggapan menyatakan menghisap rokok dapat kuruskan badan adalah tidak berasas. Ini semua adalah persepsi masyarakat sahaja. Merokok bukan sahaja mengundang penyakit berbahaya malahan juga menghabiskan duit. Oleh itu kenapa merokok? Katakan TAK NAK kepada merokok!
Adios~~~