Buat peminat pasukan Chelsea, di sini aku dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Chelsea telah pun melancarkan jersi baru mereka untuk musim 2010/2011. Masih mengekalkan Adidas dan Samsung sebagai penaja rasmi mereka, jersi ini kelihatan lebih garang dan mengancam dari jersi sebelum ini.
Menurut Adidas, ini adalah jersi terbaik yang pernah dilahirkan mereka. Apa yang bezanya kali ini, kolar jersi ini berwarna merah untuk menghargai pesara pada awal 1900an yang gemar memakai selendang berwarna merah ketika menyaksikan perlawanan Chelsea suatu ketika dahulu.
Jom kita terjah aksi-aksi pemain Chelsea mengayakan jersi baru mereka:-
Didier Drogba
John Terry
Joe Cole
Florent Malouda
Frank Lampard
Menurut sumber, Chelsea akan merasmikan pengunaan jersi ini dalam perlawanan terakhir liga pada 9 Mei 2010 menentang Wigan Athletic. Semoga jersi ini menjadi pemangkin semangat mereka untuk terus memberi cabaran dalam apa jua kejohanan yang mereka sertai.
Kepada peminat Chelsea yang berminat untik menempah jersi baru ini bolehlah klik pada link ini http://www.chelseamegastoreasia.com/
Adios~~~~