Lebih 80 peratus atau 54,400 daripada kira-kira 68,000 permohonan untuk mengikuti Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi pengambilan Jun 2010 membabitkan golongan wanita.
Walaubagaimanapun ini tidak bermakna 1,878 tempat yang di tawarkan akan dimonopoli oleh golongan wanita.
Memang sekarang ini masalah kekurangan guru lelaki agak kritikal kerana ia menjadi faktor utama peningkatan masalah disiplin pelajar seperti dilaporkan akhbar kebelakangan ini.
Murid-murid sekarang ini sudah berani melawan guru apatah lagi jika ianya guru wanita. Dengan adanya lebih ramai guru lelaki masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan.
Diharapkan kerajaan dapat mewujudkan kouta bagi pengambilan guru lelaki untuk membendung permasalahan ini.
By the way, kenapa tak ramai lelaki meminati kerjaya ini ye? Adakah kerana kerjaya ini tidak memcabar? dan kenapa pula ramai wanita lebih meminati kerjaya perguruan ini ya? Adakah kerana banyak cuti? Mungkin Cikgu Isza ada jawapannya..
Adios~~~~