Setelah Proton melancarkan Proton Inspira, kini giliran Perodua pula melancarkan model baru mereka yang di kenali sebagai Perodua ViVA ELITE Exclusive Edition (Viva EEE) 2010.
Perodua ViVA ELITE Exclusive Edition (Viva EEE) ini menampilkan enam ciri tambahan bahagian dalamannya menampilkan tiga pilihan warna iaitu biru, putih dan ungu. Harga permulaam kereta ini ialah RM42,000.
Jom kita terjah antara pembaharuan baru yang ditampilkan oleh Viva EEE ini:-
Grill depan yang lebih kemas dan bergaya
Bumper depan yang lebih menonjol
Bumper depan bersama lampu bawah bulat kiri & kanan
Bumper belakang di datangkan dengan reflector
Fabrik kusyen yang baru
Permukaan dashboard yang lebih kemas dan bergaya
Pencahayaan meter yang lebih terang
Untuk rekod, setakat Oktober 2010, jumlah jualan produk keluaran Produa mengikut model ialah Perodua Myvi adalah sebanyak 64,000 buah (42%,) Perodua Viva sebanyak 58,000 buah (37%) manakala Perodua Alza sebanyak 35,000 buah (22%).
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Perodua Viva ELITE Exclusive Edition ini bolehlah kunjungi www.produa.com.my
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Perodua Viva ELITE Exclusive Edition ini bolehlah kunjungi www.produa.com.my
Bagi mereka yang masih mencari kereta yang berharga bawah RM 50000 di masa yang sama mementingkan kualiti dan penjimatan minyak mungkin Perodua Viva ELITE Exclusive Edition ini adalah jawapannya...
Adios~~~~