Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia !



Ini berita yang baru diterima. Shamrin Fotograf meninggal dunia. Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman di sini petang ini.


Menurut sumber, sebelum Shamrin Fotograf  meninggal dunia, beliau baru sahaja hadir di majlis pelancaran Duit Syiling P Ramlee dan tampak sihat seperti biasa.


Jenazahnya kini berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di sini.




Allahyarham Shamrin telah melibatkan diri dalam lapangan muzik secara serius bersama kumpulan Fotograf yang menampilkan album pertama berjudul Iramanya Bergetar pada tahun 1989.


Setelah kejayaan album itu mereka terus mengorak langkah dengan menghasilkan 5 buah album penuh 7:30 Psikosis (1990) , Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997).


Antara lagu-lagu kumpulan ini yang telah mendapat sambutan yang hangat  ialah Nafas Kekasih, Asmara Gerhana, Panah Tak Bermata, Aku Yang Kecewa, Salam Buat Juwita, Mengejar Bayangan, Di Alam Fana Cintamu – duet Sharifah Aini (Pernah memenangi Lagu Terbaik Kategori Rock di Juara Lagu 1992 dan juga Anugerah Khas Muzik-Muzik) dan Luka Seribu Rindu.


Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Shamrin, moga rohnya di tempatkan dalam kumpulan orang beriman. Amin...


Adios~~~~

Comments
5 Comments

5 comments:

anaMuslimah said...

alfatihah..sakit ape?macm jantung je kalau tiba2rebah tu..

iday said...

alfatihah,,takziah kepada keluarga arwah Shamrim Fotograf.

amirah said...

takziah kepada ahli keluarga

Sumijelly said...

al fatihah ...

tak sangka kan?? main bola jer tu...
semoga arwah berada di kalangan org beriman

Sumijelly.com

armouris said...

alfatihah! info tentang kematian ketika bermain bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan di Padang Bola Sepak

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget