Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Latest update :-


Set pertama berpihak kepada Lin Dan dengan memenangi perlawanan 13-21. Perlawanan berlangsung menarik pada permulaan set di mana kedua-dua pemain bermain secara rally panjang. 


Lin Dan mendapat mata banyak dari kesilapan Chong Wei menghantar bola keluar gelanggang. Lin Dan juga jarang mengasak Chong Wei menggunakan jumping smash berbanding Chong Wei. Ada 1 ketika Lin Dan mendahului 9-16 dan akhirnya menang 13-21.


Set kedua menjadi milik Chong Wei apabila menang 15-21. Kali ini Chong Wei pula memimpin perlawanan sehingga mendahului 11-16. Lin Dan yang banyak menghantar bola keluar mula mengemaskan rentak sehingga merapatkan jurang ke 12-13.




Chong Wei yang mula sedar Lin Dan semakin hampir mengemaskan rentak dan akhirnya menang 21-15. Lin Dan seakan-akan bermain secara sambil lewa sahaja. Perlawanan di heret ke rubber set.


Set ketiga semuanya seakan tidak menjadi buat Chong Wei sehingga membiarkan Lin Dan mendahului 1-11. Walaupun Chong Wei cuba bangkit mengejar namun hanya setakat mata ke 10 sahaja sebelum Lin Dan menamatkan permainan 10-21.


Chong Wei banyak melakukan kesilapan bermain di jaring dan Lin Dan pula menunggu di depan jaring untuk mematikan bulu tangkis. Jumping smash juga di gunakan oleh Lin Dan untuk mematikah langkah Chong Wei.




Chong Wei tewas kepada Lin Dan rubber set 13-21 21-15 10-21 sekaligus membawa balik pingat perak untuk Malaysia. Emas milik Lin Dan. Gangsa pula milik Park Shung Hwan dan Chen Jin.


Previous entry:-


Pastinya ramai yang menantikan keputusan perlawanan Lee Chong Wei VS Lin Dan Live Final Badminton Sukan Asia Guangzhou China.


Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir badminton Sukan Asia selepas menundukkan Chen Jin 14-21, 21-15, 21-7 di Gimnasium Tianhe Guangzhou manakala Lin Dan mara selepas mengetepikan jaguh Korea Selatan, Park Sung Hwan 21-14, 21-10.




Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi emas perseorangan lelaki pada Sukan Asia adalah menerusi Datuk Punch Gunalan yang mengalahkan pemain Jepun, Hiroe Yuki pada Sukan Asia di Bangkok 1970.


Di atas kertas Lin Dan memiliki kelebihan apabila menang 14 dari 21 pertemuan menentang Chong Wei di samping di bantu oleh lautan penyokong tempatan. Kedua-dua mereka tidak pernah memenangi pingat emas di Sukan Asia.


Siapakah yang akan memenangi perlawananan kali ini? Jangan lupa saksikan perlawanan ini live di Astro Arena pada 21 Nov 2010 jam 8.30 malam in. Saya akan update keputusan perlawanan ini nanti...


Adios~~~

Comments
3 Comments

3 comments:

Sharinginfoz said...

atas kertas lin dan nampak lebih selesa tetapi apa-apa pun boleh jadi kan, kena pandai keadaan dan emosi

noorafzan said...

Lar..bile nak update nih..

Zura said...

suke tgk lin dan main..best..tp malaysia kalah...

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget