Pasti ramai yang ternantikan perlawanan antara Malaysia VS Iran live Sukan Asia Guangzhou China 2010 (bola sepak) edisi ke 16 pada 15 November 2010 2010 ini.
Malaysia layak ke pusingan kedua atas tiket pasukan ketiga terbaik berbanding negara lain di tempat ketiga dalam kumpulan lain
Di atas kertas, Iran memiliki kelebihan kerana berada di ranking ke 4 Asia berbanding malaysia yang berada di kedudukan ke 27 di Asia.
Untuk rekod, Iran menjuarai Kumpulan B dan menang semua perlawanan di peringkat kumpulan dengan mengumpul 9 mata. 6 gol berjaya dijaringkan dan hanya satu sahaja gol dibolosi oleh pihak lawan, Turkmenistan.
Pasukan kebangsaan Malaysia akan turun 'tempang' vs Iran setelah Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan di gantung perlawanan akibat kad merah manakala ramai pemain lain mengalami kecederaan. Ini bermakna Malaysia akan menentang Iran dengan 15 pemain yang tinggal (4 di bangku simpanan)
Sekali lagi, ramai yang tidak mengharapkan 'keajaiban' vs Iran. Apa yang penting tampilkan aksi permainan yang menarik dan tidak mudah mengaku kalah.. Selamat maju jaya...
P/S: Jangan lupa saksikan Malaysia VS Iran Live Sukan Asia Guangzhou China 2010 (Bola Sepak) pada 15 Nov 2010 jam 4 petang waktu Malaysia di saluran 801 Astro Arena dan RTM 1.
Adios~~~~~