Pasar Komuniti akan diperkenalkan sebagai penganti kepada pasar malam mengikut Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) melalui Program Transformasi Ekonomi.
Program ini akan menyaksikan penjaja yang menjual makanan di jalanan akan di tempatkan di 1 pusat sehenti yang di namakan Bazar Makan di mana pengunjung boleh menikmati makanan tempatan dan antarabangsa.
Selain itu kawasan Pasar Komuniti turut akan menyediakan restaurant keluarga, kafe, bar dan restaurant mewah. Konsep Pasar Komuniti ini adalah untuk menyatukan peniaga-peniaga pasar malam dalam 1 suasana yang lebih kondusif.
Selain dari menyepadukan semua peniaga, ia juga dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di mana pasar malam biasanya dia adakan di kawasan yang sempit seperti tepi jalan, padang bola dan taman permainan.
Kerajaan juga menjangkakan Pasar Komuniti ini akan dapart menambah pendapatan tambahan sebanyak RM 8.8 Billion selain mewujudkan 141 000 peluang pekerjaan menjelang 2020.
Jika cadangan Pasar Komuniti ini menjadi realiti, mungkin kita tidak dapat lagi melihat gelagat peniaga menarik perhatian pelanggan dengan pekikannya dan suasana riuh rendah itu sendiri seperti di pasar malam...
Adios~~~~