Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Iklan Deepavali FINAS 2010 Cetus Kontroversi Perkauman?



Nampaknya giliran iklan Deepavali FINAS 2010 cetus kontroversi perkauman selepas iklan raya TV3 Sinari Lebaran 2010 mencetuskan kontroversi pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.


Iklan 30 saat yang itu menunjukkan seorang lelaki dari keluarga beragama Hindu menghadapi masalah dengan keluarganya setelah dia berkahwin dengan seorang perempuan Islam.


Perempuan Islam itu pula keberatan memakan makanan yang disajikan oleh keluarga suaminya. Dia akhirnya menjamah makanan berkenaan setelah diyakinkan oleh seorang rakan keluarga itu bahawa makanan itu adalah halal.


Hanya setelah perempuan Islam itu melahirkan anak, keluarga berkenaan menerimanya dan anak itu.


Ia seolah-olah memaparkan sikap bermusuhan keluarga Hindu dan gagal menangani isu soal pemaksaan penukaran agama sebelum seseorang boleh berkahwin dengan orang Islam.



Ini pula kenyataan dari Ketua Pengarah FINAS :-


Iklan Deepavali terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak ada kaitan dengan penukaran agama mana-mana masyarakat dan tidak seharusnya dilihat dari luar konteksnya.


Iklan berkenaan bertujuan memupuk semangat 1Malaysia di kalangan masyarakat majmuk dan keluarga mereka yang meraikan pelbagai perayaan di Malaysia.


Iklan ini adalah susulan iklan yang diterbitkan semasa Hari Raya apabila Muthu berkahwin campur dengan seorang rakyat tempatan Sarawak, Rina.


FINAS cuba memaparkan bagaimana rakyat Malaysia yang berlainan latar menyambut perayaan masing-masing. 


Iklan itu langsung tidak bertujuan merendahkan mana-mana bangsa dan sudah tentu idea menukar agama langsung tidak terlintas di minda.


Sentimen perkauman adalah isu sensitif. Oleh itu semua pihak perlulah menghormati kepelbagaian kaum yang ada di negara ini. Buruk padahnya jika bermain dengan api...


Adios~~~~

Comments
6 Comments

6 comments:

amirah said...

ooo..ni iklan sambungan hari raya aritu kan

ken said...

hm.. tak perasan pun :)

kak ina kl said...

tak tenguklah pulak iklan ni..
tapi kan skrg org suka hati ajer nak buat iklan sbb kononnya nak menggambarkan satu malaysia..entah apa-apalah mereka ni

kak ina kl said...

teruk tul lah mereka ni..sbb nak satu malaysialah tu..

Pejuang Kesenian Extreme said...

Hal kecik je tu..Tak payah nak diperbesar-besarkan..Terlebih sensitif pula masyarakat sekarang..Hal perkauman jangan dibuat main..

Boloque said...

x abis-abis isu perkauman kt malaysia nie..kata 1malaysia..mana kesannya?

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget