Baru-baru ini terdapat laporan BBC yang mengatakan rakyat Malaysia memiliki teman yang paling ramai di rangkaian sosial. Secara purata, seorang rakyat Malaysia mempunyai teman di rangkaian sosial sebanyak 233 orang.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Royal Pingdom, Amerika Syarikat merupakan negara yang menduduki tangga pertama pengakses terbesar lama sosial yang didirikan oleh Mark Zuckerberg ini.
Jom kita terjah ranking negara pengakses Facebook terbesar:-
1. Amerika Serikat, sekitar 130 juta pengguna.
2. England, sekitar 28 juta pengguna.
3. Indonesia sekitar 26,5 juta pengguna
4. Italia, sekitar 26 juta pengguna.
5. Perancis, sekitar 21 juta pengguna.
6. India, sekitar 21 juta pengguna.
7. Jerman, sekitar 18 juta pengguna.
8. Mexico, sekitar 18 juta pengguna.
9. Turki, sekitar 16 juta pengguna.
10. Kanada, sekitar 15 juta pengguna.
11. Malaysia, sekitar 12 juta pengguna.
12. Spain, sekitar 12 juta pengguna.
13. Filipina, sekitar 10 juta pengguna.
14. Australia, sekitar 9,1 juta pengguna
15. Argentina, sekitar 8,2 juta pengguna
16. Taiwan, sekitar 8,2 juta pengguna.
17. Colombia, sekitar 7,5 juta pengguna
18. Brazil, sekitar 6,2 juta pengguna.
19. Chile, sekitar 6,2 juta pengguna.
20. Thailand, sekitar 6,2 juta pengguna.
Selain itu, laporan ini menyatakan rakyat Malaysia juga menjadi pengguna paling ramai menggunakan rangkaian sosial dengan purata 9 jam seminggu. Melihat kepada statistik di atas memang tiada keraguan dengan dakwaan ini.
Apa yang anda boleh lihat dari fakta ini? Terkena batang hidung sendiri kan…Saya ada 540 teman dan kebanyakkannya bukanlah ‘teman’ kerana tidak pernah pun berfungsi sebagai ‘teman’. Kadang-kadang add atas sebab serba salah takut orang kecil hati.
Sebenarnya saya lebih gunakan Facebook untuk tujuan pemasaran blog kerana bagi saya ianya mudah dan tiada kos yang terlibat.
Apabila kita gunakan Facebook untuk mempromosikan blog, maka lagi ramai teman di Facebook maka makin tinggilah potensi mereka menjadi pembaca blog kita. Oleh itu ada kebaikan juga mempunyai ramai teman di Facebook !...
Adios~~~~~