Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Betul Tu Wardina Artis Tak Layak Jadi Ikon


Aku menyokong sepenuhnya saranan pelakon, pengacara dan personaliti TV, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot agar masyarakat khususnya golongan remaja hari ini tidak terlalu ghairah menjadikan artis dan selebriti sebagai ikon atau idola untuk dicontohi.

Wardina mengemukakan saranan tersebut ketika menjadi ahli panel yang mengupas tajuk 'Selebriti sebagai Ikon Masyarakat’ dalam program bual bicara anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu minggu lepas.

Menurut beliau juga, dunia artis serta hiburan lebih banyak dipenuhi dengan keburukan daripada kebaikan dan hanya bersandarkan keseronokan.

Bukanlah mudah bagi Wardina membuat pendedahan sebegitu, yang tentunya akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Wardina telah memilih untuk menyatakan kebenaran dan tidak berselindung di sebalik kepalsuan,  sekaligus menunjukkan dia adalah seorang yang berfikiran matang dan mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi terhadap masyarakatnya.

Tapi kalau nak jadikan artis sebagai idola juga, pilihlah KRU. Mereka bukan sahaja berwawasan tinggi bahkan berjaya dalam perniagaan. Sejak mula pembabitan mereka dalam industri hiburan, mereka dah mempunyai azam untuk menjadikan jenama KRU sebagai jenama antarabangsa melalui cabang perniagaan.

Lihatlah hari ini mereka dah ada studio mereka sendiri yang bakal menjadi syarikat produksi setaraf Walt Disney. Bukan itu sahaja mereka juga dah dapat banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

 Tengok tu PM kita bawa KRU dalam rombongan promosi ICT ke Perancis

Ni adalah lakaran illustrasi Studio KRU yang bakal beroperasi tak lama lagi di Cyberjaya

Siapa pun ikon anda, janganlah anda terlalu taksub dengan keperibadian beliau kerana beliau juga manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan..

Fikir-fikirkanlah.. Adios~~~








Comments
1 Comments
Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget