Selang beberapa hari lagi kaum cina akan menyambut Tahun Baru Cina. Selamat Tahun Baru Cina aku ucapkan kepada kaum cina di Malaysia.
Tahun Baru Cina akan di sambut pada 14 dan 15 Februari ini bersamaan hari ahad dan isnin. Cuti pada hari isnin akan di bawa ke hari selasa. Ini bermakna warga Malaysia akan bercuti selama 4 hari bermula sabtu ini..
Bermula sabtu ini, jalanraya di jangka sesak kerana masyarakat cina akan pulang ke kampung dan bagi mereka yang tidak menyambut perayaan ini di jangka menggunakan cuti ini untuk melancong dan menziarah.
Disini aku nak berkongsi suasana masyarakat cina di China pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina..
Pernah tak anda mengalami pengalaman sebegini di Malaysia? Pasti tidak kan.Secara amnya sistem pengangkutan awam di Malaysia masih lagi mampu menampung permintaan di musim perayaan walaupun seringkali kedengaran tiket habis sebulan sebelum perayaan. Oleh itu perancangan balik ke kampung perlu di buat secara terancang..
Kepada yang pulang ke kampung atau yang melancong sempena Tahun Baru Cina ini aku nak ucapkan BERHATI-HATI DI JALANRAYA. INGATLAH ORANG TERSAYANG. DONT DRINK AND DRIVE OK...