Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.
Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?
Pada saya, saya makan dengan menggunakan tangan kerana ada tiga sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang !!!
Moralnya: Apa-apa pun ini adalah pendapat aku.. Tak kira la apa pun cara anda makan kerana masing-masing ada rasionalnya kenapa anda berbuat begitu. Tak begitu?..
2 comments:
- suri said...
-
hai..
huhuh
tips yang ketiga tu buat hatiku gelak daa..betul..betul!! - February 17, 2010 at 12:51 PM
-
-
KENAPA PAKAI TANGAN UNTUK MAKAN?
UNTUK MENYEBABKAN MAKANAN LEBIH CEPAT DIHADAM MELALUI ENZIM YANG ADA PADA JARI. SEBELUM MAKANAN MASUK KE MULUT ENZIM DIJARI MENGHADAM MAKANAN TERLEBIH DAHULU.KEMUDIAN AIR LIUR DAN AKHIR SEKALI DIPERUT.
ORANG YANG MEMAKAI SUDU ATAU ALAT LAIN LEBIH CEPAT GEMUK.LEBIH CEPAT DAPAT PENYAKIT.
ORANG YANG MEMAKAI TANGAN AKAN CEPAT KENYANG.DAN TIDAK MAKAN BERLEBIHAN MENGIKUT SUNNAH NABI.BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG.EKONOMI JUGA TU.ISLAM MENGAJAR KITA BERPADA-PADA.TIDAK BERLEBIHAN.KITA SAMA SAHAJA DENGAN ORANG LAIN.MAKAN PAKAI SUDU ORANG YANG MALAS NAK BASUH TANGAN.DAN ORANG YANG MAKAN PAKAI SUDU SEPERTI NAK BEZAKAN ANTARA YANG KAYA DAN MISKIN.BERSUDU BUKAN BERMAKNA KITA ORANG BANDAR.KALAU KITA MAKAN PAKAI TANGAN SAMALAH DARJAT ANTARA MANUSIA. - August 2, 2010 at 4:30 AM