Touch n Go dengan kerjasama Petronas telah melancarkan sebuah kad eksklusif Touch n Go Petronas Edisi Mercedes GP Petronas yang mula di jual mulai hari ini (1 Ogos 2010).
Menurut sumber, kad ini dilancarkan sempena meraikan pasukan Mercedes GP Petronas F1 Team. Setakat hari ini pasukan ini berjaya menjadi antara 5 pasukan pengeluar terbaik F1.
Terdapat 2 jenis pilihan kad yang di tawarkan. Jom kita terjah pilihan kad yang di tawarkan :-
Memang menarik kan kad ini jika di bandingkan dengan kad biasa Touch n Go yang berwarna ungu tu.
Sedikit info mengenai kad ini :-
- Hanya di jual di stesyen minyak Petronas terpilih sahaja mulai 1 Ogos 2010
- Kemudahan tambah nilai kad Touch n Go juga terdapat di stesyen-stesyen minyak Petronas
- Iklan promosi kad ini akan disiarkan di Buletin Utama TV3 mulai 1 Ogos - 31 Ogos 2010.
Selain design kad ini yang menarik, kad ini juga sesuai di jadikan sebagai koleksi peribadi atau hadiah kepada keluarga, saudara mara atau sahabat handai.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan kad eksklusif Touch n Go Petronas Edisi Mercedes GP Petronas di stesen minyak Petronas yang terpilih. Memang berbaloi-baloi...
Adios~~~~