Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Alasan Lelaki Mengapa Masih Single



Pernah tak anda mengalami situasi di mana sahabat dan saudara mara anda menanyakan mana kekasih anda  sedangkan anda masih single?


Tentu agak sukar menjawab persoalan itu kan. Ada juga lelaki tidak mahu menjawab soalan ini. Bagi yang nak tahu kenapa, biarlah aku menjawab bagi pihak lelaki yang single ini :- 


1. Jual mahal 

  • Biasanya lelaki kacak agak jual mahal berbanding lelaki yang 'biasa-biasa' sahaja. Keegoan yang tinggi menyebabkan mereka sentiasa berfikir bahawa diri mereka digilai oleh ramai wanita.

  • Oleh itu mereka menunggu wanita terbaik mendekati mereka. Sebaliknya wanita yang 'biasa-biasa' sahaja, bukan menjadi pilihan mereka.


2. Persepsi sukar di dekati

  • Wanita selalu berfikir bahawa lelaki yang kacak sukar untuk didekati kerana terlalu ramai peminat dan pasti tidak akan memandang wanita seperti mereka.

  • Apabila wanita berfikiran sebegitu, maka semakin tinggilah risiko untuk lelaki kacak terus single sampai ke tua.


3. Serik dikecewakan

  • Ada lelaki  yang memilih kehidupan solo kerana serik dengan pengalaman pahit yang mereka pernah lalui. Pengalaman dikecewakan oleh wanita menyebabkan mereka menjadi terlalu pemilih. 

  • Lelaki yang dikecewakan ini sentiasa mengambil sikap berhati-hati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Baginya dia tidak perlu mempersiakan hidupnya hanya kerana seorang wanita.


4. Terlalu memilih


  • Lelaki selalunya hanya akan memilih wanita yang cantik untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup.

  • Akibatnya dia terpaksa menjalani kehidupan sendirian kerana merasakan belum menemui wanita yang benar-benar sempurna di matanya.



5. Terlalu banyak pilihan

  • Terlalu banyak pilihan juga menyebabkan lelaki sukar untuk membuat pilihan. Setiap calon mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Namun dia hanya boleh memilih satu daripadanya.

  • Untuk mengelakkan ada pihak yang berkecil hati, akhirnya lelaki kacak terpaksa menolak kesemua wanita yang hadir dalam hidupnya. Akibatnya, jadilah dia lelaki yang terus single hingga ke hari ini.


6. Mengutamakan kerjaya


  • Ada lelaki yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga terlupa hendak membina rumah tangga. Yelah nak membina masjid perlu mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

  • Biasanya mereka akan menyalahkan faktor-faktor tertentu seperti wang hantaran mahal,urusan majlis perkahwinan yang mahal dan pakej bulan madu mahal menyebabkan mereka belum mahu berfikir soal jodoh.      


Sebenarnya ada lagi 18 alasan cuma tak larat dah nk tulis. Apa-apapun ini adalah antara alasan yang sering dikemukan oleh lelaki apabila di tanya soal jodoh atau mencari pasangan. kalau ada yang nak tambah silakan.. 


 Adios~~~~

Comments
15 Comments

15 comments:

Nur Mudrikah said...

wat ape cari yg encem2..nanti makan hati..cari yg besa2 ja..
yg penting bukan rupa paras tp iman & sifat btanggungjwab yg ad..huhuhu

Nur Mudrikah said...

wat ape cari yg encem2..nanti makan hati..cari yg besa2 ja..
yg penting bukan rupa paras tp iman & sifat btanggungjwab yg ad..huhuhu

Kimie Hashim said...

aku plih yang num 4 tu, memang serik beb kena kecewakan. benci dah nak main cinta. that why aku single samapai sekrang velas. ;)
velas, aku ada wat entri aru, pasal
Apa yang paling anda takut, mintak ko komen la velas, please,mengharap ni..

saya_arief said...

haha..
setuju sangat..
kite bukan nak memilih sangat.
tp saje kasik mahal cket..
:D

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

alasan2 yg menarik.heheheeh

Nazz@Purple said...

setuju Mengutamakan kerjaya..sebab tu la single smpai ke tua..kat opis ni ramai cm tu..

Kimie Hashim said...

thanks velas, tadi aku komen mcm mengarut sikit sbb nak cepat, sorry au??salah semua ejaan..hehe..

Ichigo Miro said...

emmm...camtu ke...ahaks

azzey said...

alasan yg bese di beri lagi....." blom sampai seru"......

kodok hijau the ghost writer said...

jawapan yang tepat...duit tak ada nak kawin hahahahhaa

Cik Norfa said...

kadang-kadang bukan sebab dia lelaki kacak! tapi sebab orang pandang dia tak kacak, jadi peluang dia mendekati gadis yang tiada. lelaki harus beranikan diri untuk mendapatkan wanita.

jfook said...

I think its quite true for me. :P

Sharinginfoz said...

dah takdir rasanya..... he he he

Apa Yang Menarik di Zhaneez Craft

-Si Riang-Riang- said...

yang no 1 tue saye setuju sgt2...
laki macam nie akan menerima pandangan yang sangat hina dr saye.. benci laki cmnie!!!!!!!! X(

Anonymous said...

Tapi aku pilih no 1 tu paling aku tak setuju...mne ade lelaki sunk jual mahal...cume lelaki ni agak pemalu sbb tu ko ckp lealki JUAL MAHAL..

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget