Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Fadhilat/Kelebihan Solat Sunat Tarawikh Bulan Ramadhan



Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat  Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :


Malam 1 
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan Allah.

Malam 2 
Diampunkan dosa2 org mukmin yg sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman.

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat,Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6 
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat2 yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah -tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihisalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8 
Allah mengurniakan pahala org sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim'Alaihisalam.

Malam 9 
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadah hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan diakhirat.

Malam 11 
Keluar ia daripada hari Qiamat dgn muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 12 
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap- tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 
Datang Malaikat menyaksikan ia sembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkan pada hari Qiamat.

Malam 15 
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 
Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyaknya dan juga ibu bapanya (yang masih hidup atau mati).

Malam 18 
Seru Malaikat : Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 
Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 
Allah bukakan peluang 24 dosa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dlm sujud).

Malam 25 
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 
Allah SWT kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 
Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yg mabrur.

Malam 30  
Allah SWT beri penghormatan kepada org berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yg bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama 'Al-Kauthar'".


Adios~~~~

Comments
6 Comments

6 comments:

Kimie Hashim said...

Insyaallah..terima kasih bagi info yang best velas..rasa macam xnak tinggal tarawih..ak ada wat post baru, pasal Tanda-tanda anda akan meninggal dunia, untuk ko baca.. :)

I.s.h.u.r.a.I said...

infO yg bgUs
=)

Sharinginfoz said...

pernah juga dengar hadis ni tapi tak tahu sama ada hadis sahih or daif

Contest: Blogger

AngahSayang2314 said...

salam ramadhan

wah info yg baru la... apa2pun thanks for infooo ini

Hapiz Rahman said...

sekejab-sekajab.. bukan ada percanggahan ke pasal hadis nie? setahu aku la.. sori kalau salah. cuba encik semak balik..

Faiz said...

thanks 4 sharing..=)
p/s:thanks komen kt blog..setiap komen anda dihargai..=)
**HIT MY LATEST UPDATE HERE**

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget