Umat Islam terutama sekali remaja yang gemar minuman ringan dalam tin diharap akan berwaspada dengan
keluaran minuman berperisa limau yang mengandungi sejenis alkohol yang diharamkan.
Apa yang mengelirukan kita ialah warna dan bentuk tin yang menyerupai tin minuman ringan bergas yang lain. Minuman ringan yang mengandungi alkohol ini boleh didapati di mana-mana sekarang ini.
Diharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dapat membuat siasatan minuman ringan yang dikeluarkan syarikat pengeluar bir tempatan.
Jika benar, diharap Jakim mengeluarkan arahan supaya syarikat bir berkenaan mencatatkan perkataan alkohol itu lebih besar di bahagian depan tin. Bekas tin yang hendak digunakan pun mesti tidak menyamai warna dan bentuk tin minuman ringan bergas yang lain.
Kalau pada kotak rokok diletak tanda amaran rokok membahayakan kesihatan, begitu juga premis jualan nombor ekor yang mempamerkan papan kenyataan bahawa umat Islam tidak dibenarkan berjudi, kenapa tidak pada botol dan tin minuman keras? Fikir-fikirkan lah...
2 Comments
2 comments:
- noorafzan.blogspot.com said...
-
euu..
- February 4, 2010 at 1:22 PM
- suri said...
-
suri: macam tu pun blh jadi juga ya huuhu..
jemputlah ke blog saya.. - February 5, 2010 at 2:16 PM