Berita Harian hari ini melaporkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan cukai tanah di negeri itu yang dinaikkan pada 2007 hendaklah diturunkan semula kerana banyak rungutan rakyat terhadapnya. Baginda bertitah demikian ketika majlis mengurniakan hak milik strata perumahan Arabella di Cameron Highland sini hari ini.
Serentak itu, baginda menitahkan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian negeri, menghadap baginda ketika baginda sedang bertitah.
Menurut Jabatan Tanah dan Galian Negeri, mereka akan menghantar kertas Exco untuk kelulusan kerajaan negeri bagi mengurangkan cukai berkenaan.
Aku berasa sangat bertuah menjadi rakyat negeri Tuanku Sultan Pahang yang berjiwa rakyat..Tuanku sangat prihatin terhadap permasalahan rakyat jelata..
Seingat aku dulu, aku ada menyertai program Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri 2004 di Bentong Pahang. Salah seorang kawan aku ni dengan selamba badaknya meminta TV dari Tuanku Sultan Pahang kerana asrama kami tiada TV..Kemudian Tuanku Sultan segera menitahkan ADUN kawasan kami menghantar TV baru ke asrama kami..Selang beberapa hari kami pun dapat TV itu..
Semoga Allah panjangkan umur Tuanku SUltan Pahang dan Kerabatnya..
DAULAT TUANKU...
2 Comments
2 comments:
- Sharinginfoz said...
-
satu langkah yang sangat bagus.... kebajikan rakyat perlu dijaga.. pasal hasil tu cubalah cari tempat lain..
Siapa Nak Promo Blog???
Bosan, Nak Buat Apa???
Seronok kan Tak ada Hutang??? - February 4, 2010 at 2:35 PM
-
-
Mintak tb??wahh..gile gempak.
- September 12, 2011 at 6:11 PM