Kat sini aku nak komen sket penulisan lirik lagu-lagu melayu yang mendayu dayu tuh..Kadang-kadang memang kelakau bunyiknya..Kalo tak percaya tengok kat bawah ni
Exists: Mengintai Dari Tirai Kamar
Dinginnya angin malam ini
(Mamat ni memang tak takut kene angin kus kus..)
Menyapa tubuhku
Namun tidak dapat mendinginkan
Hatiku yang kau hangatkan
(Macam mana orang tu hangatkan hati kau ek..pakai lighter letak kat dada ker?)
Terasa tercabarnya kelakianku ini
(Aii tak kan nak menunjukkan "kelakian" kau kot depan pompuan..)
Dengan sikapmu menentanglah
Aku ini insan kekurangan
(Sedar pun diri..Baguihh..)
Senangnya kau mainkan…
(Mainkan macam mana tu? Jadi puppet ke?)
Siapalah aku ini untuk
Memintal buih yang memutih
(Macam mana nak pintal buih?baru pegang dah meletup..)
Menjadi permaidani seperti mana
(Buih dah meletup, ada cita-cita nak buat karpet lak..)
Yang tertulis dalam novel cinta…
(Nampak sangat novel cinta ni mengarut, mana ada orang buat karpet pakai buih)
Juga mustahil bagiku
Menggapai bintang di langit
(Jadi Sheikh Muzaffar pun belum tentu dapat gapai bintang tu..)
Menjadikan hantaran syarat untuk milikimu semua itu
(Dah takde benda ker nak wat hantaran..Macam nak pinang Puteri Gunung Ledang lak..)
Sungguh aku tak termampu…
(Sedar pun diri..)
Silap aku juga
(Baru tau padah bercinta dengan Puteri Gunung Ledang..)
Kerana jatuh cinta
Insan sepertimu
Seanggun bidadari
(Mana boleh seanggun bidadari..Bidadari tu tiada tandingan..)
Seharusnya aku cerminkan diri ku
(Selain cerminkan diri tu, bawak-bawak la solat Istikarah ke taubat ke..)
Sebelum tirai kamar aku
Buka untuk mengintaimu…
(Ini gejala yang tidah baik ni..Kes besar ni skodeng anak orang..Silap hari bulan masuk jel beb..)
Kelakau kan lirik-lirik lagu melayu nih ..Silap hari bulan boleh rosak usus aku menahan gelak..Apa-apa pun ini sebagai hiburan sahaja ok..Dont take it seriusly ok.. Apa-apa pun aku menggalakkan karyawan muzik teruskan usaha memartabatkan muzik Malaysia melalui lirik yang puitis ok..