Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted


Tak lama lagi KRU Studios akan menayangkan filem terbaru syarikat adik-beradik itu yang di beri nama Hikayat Merong Mahawangsa atau dalam bahasa Inggeris nya The Chronicles of Merong Mahawangsa.Filem yang menelan bajet dalam RM 8 juta itu di jangka bakal pecah panggung kali ini.

Melihat pada gambar yang aku letak kat bawah ni, rasa teruja nak tengok tu memang ada. Mana taknya, cerita macam ni kena ada set prop dan tata seni yang melangkaui kebiasaan. Tapi KRU Studios nampaknya bekerja keras untuk buat filem ini lebih INTERNATIONAL. Apa taknya, bajet diorang labur dekat RM8 juta habis. Antara projek terbesar KRU Studios melebihi dari filem Jin Notti dan Magika.
 


Tengok pada senarai pelakonnya juga bukan calang-calang orang. Bukan setakat dari Malaysia tapi dari negara luar pun ada. Tapi memang kena pun nak ambik pelakon luar sebab jalan cerita dan wataknya memang macam tu. International. Itu yang penting.

Sedikit sinopsis tentang Hikayat Merong Mahawangsa:-

Merong Mahawangsa adalah seorang nakhoda tentera laut terkenal dan pengembara yang datang ke Asia beberapa ratus tahun yang lalu. Empayar Rom pada masa pemerintahan Hadrianus dan China, Dinasti Han berada pada zaman kegemilangan pemerintahan dan kedua empayar ini bersatu melalui perkahwinan putera Rom dengan putri China dari Dinasti Han.

Mereka akan dikahwini di titik tengah antara timur dan barat, Merong Mahawangsa ditugaskan untuk mengawal putera Rom dalam perjalanan mereka ke Asia Tenggara.

The pirate nation of Geruda telah menculik puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam perjalanan ke Selat Melaka, Armada Merong Mahawangsa telah diserang tentera Geruda semasa berhenti di pulau kecil untuk mengisi bekalan.

Mampukah Merong Mahawangsa menyelamatkan puteri dan menyatukan dua tamadun besar dari timur dan barat? Mari kita sama-sama tunggu filem ini di layar perak  :)

Comments
2 Comments

2 comments:

Admin said...

waa...mcm best ceritanye..mmg meletup kot

maya
http://coretanmayaku.blogspot.com/

Aishot said...

tgk gambar mcm best
KRU maju dh skrg
gempak a'r

http://ishaserabut.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget