Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Betul ke Minuman Isotonik 100 Plus Penawar Demam?


Baru-baru ini aku demam. Tak tahu apa puncanya. Nak kata tak cukup tido tak, main hujan lagi la jauh, nak kata kena menang RM 1 juta peraduan Power Root lagi la mustahil..

Biasalah bila kena demam ni macam-macam usaha yang kita ikhtiarkan untuk sembuh kembali. Kerap mandi la, makan panadol la, minum air 1 tong la pergi cari hospital atau klinik dengan harapan boleh dapat MC la dan ada juga yang jumpa bomoh kerana takut terkena buatan orang. Kelakar betul..

Namun kebanyakan masyarakat kita percaya bahawa dengan minum minuman isotonik 100 Plus boleh menyembuhkan demam. Betul ker? Setakat ini masih belum ada bukti yang sahih mengatakan 100 Plus ni adalah penawar demam. Masih belum ada kajian mengenainya.

Tapi kenapa masyarakat kita percaya mengenai perkara ini ya? kalau anda perasan pada label
botol 100 Plus ni menyatakan "100 Plus dirumus khas untuk menghidrat dan mengembalikan semula bendalir, tenaga dan elektrolit yang hilang semasa anda menjalani gaya hidup aktif. Ini memastikan anda mencapai tahap prestasi maksimum".

Konsepnya begini, anda akan mengalami gejala demam sebab anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan menjalani gaya hidup yang aktif dan kesannya anda akan kehilangan banyak bendalir dalam badan. Dengan minum minuman 100 Plus, ia membantu mengembalikan bendalir dalam badan dan menyegarkan badan.

Sebenarnya ia dirumus untuk atlet sukan kerana atlet adalah individu yang paling kerap kehilangan bendalir dalam badan. Tetapi bila masyarakat kita percaya 100 Plus adalah 
penawar demam ia suatu bonus untuk 100 Plus bermakna customer mereka bukan sahaja atlet tetapi juga orang demam.

Untuk rekos sepanjang aku demam ni, dah 2 botol 100 Plus 1.5 liter aku minum, Alhamdulillah kesihatan aku bertambah baik. Adakah ini kebetulan atau suratan? Hanya Allah yang maha mengetahuinya..
Adios..   

Comments
10 Comments

10 comments:

Anonymous said...

sejak dulu lagi kalau saya demam pun mama n ayah saya bagi minum 100 plus..n alhamdulillah hasilnya.. saya baik demam cepat;)

bobo said...

btul bro setiap jodoh, penyakit, sume datang dari ALLAH..tp gua dulu doktor penah suggest minom air seratus kalau kena denggi..usaha .

Lina Rahim said...

kalau saya demam, memang akan beli 100+ a.s.a.p. setakat ni, itu la air yang paling berkesan. selain 100+, sup ketam pun dikatakan mengubati demam

Orked Desa said...

mmg x der kajian yg menunjukkan 100plus ni boleh menyembuhkan demam tp lec saya penah ckp la...

kalo sakit kepala, minum 100plus campur dgn air..sukatan dia 1:1...

ISZA said...

ble kita demam, badan kekekurangan air, 100 plus tu membekalkan kandungan2 yang telah hilang dari badan kita semasa demam.. itulah yang saya tau

nazihahisa said...

tak tau la.. tp saya sakit athma.. doktor sarankan minum 100plus.. tak sejuk then buang gas dia dlu dlm 5min minum..
alhamdulillah ok..

suri said...

setiap sakit ada penawarnya.berusahalah untuk cara menanganinya apatah lagi dng cara hidup yang sihat..yeah!..

Anonymous said...

deman = badan panas. badan panas di sebabkan kekurangan air dalam badan.
maka 100 plus kan dapat mengembali kan air dalam badan.

100 plus ni pun ada yg doktor syor kan.

Melle Abadi said...

demam menyebabkan dehidrasi, so memang lah kena minum banyak air or air isotonik yang seimbangkan liquid dalam badan. its a basic biology.

Faten said...

Oh terima kasih

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget