Sejak 2 3 minggu ni aku hairan la kenapa Nuff aku ni asyik tidur je. Overdose ke. Aku pun usha la blog budak budak lain. Rupanya ramai yang ada masalah macam ni. Kebanyakan yang jadi mangsa adalah blogger baru macam aku ni..
Usha kat blog yang dah establish lama diorang ni tak terjejas sangat sebab dh confirm setiap hari mesti ada yang blogwalking kat blog diorang walaupun kadang kadang tak update pun entri. Kalau ada entri pun banyak yang merapu..
So bila Nuff asyik tidur je agak terjejas la periuk nasik aku yang berpendapatan kecil ni.. Nak harapkan syarikat iklan lain macam la diorang tau kewujudan blog aku ni..
Tiba tiba malam ni sebelum aku tidur aku tengok jap blog kot kot ada orang komen ke.. Alangkah terkejutnya aku Nuff aku dah bangun dari tido. Aku nak tidur dah dia plak yang bangun. Tak percaya meh tengok gambar kat bawah ni:-