Aku malas nak cerita pasal personal kat blog ni. Tapi atas desakan member member terpaksa la jugak cerita.. Ye la sebelum ni asyik cerita pasal isu isu sensasi je..
Anda suka makan pizza? Mesti ramai yang suka makan Pizza kan. Apa yang anda rasa jika anda makan Pizza 2 hari berturut turut tanpa menjamah makanan lain..
Itu lah apa yang aku rasa 2 hari lepas berturut turut. Badan rasa lain macam sebab tak makan nasi, makan pizza je. Biasa lah orang melayu. Baru tak makan nasi sehari perut dah rasa menggelogak tapi bukan sebab lapar. Tapi yang bestnya makan Pizza ni kenyang sampai besok sebab tangki aku kecik aje..
Maklum la bila dah lepak ramai ramai dengan member. Lepak lak kat apartment tingkat 4. Nak turun bawah cari makanan malas so jalan terbaik ialah order saja Pizza, mintak dia hantar sampai pintu rumah..
Ni adalah rupa pizza nye..
Bila dah ramai ramai order 4 kotak Pizza sekaligus. Bajet dalam RM 75 aja. Boleh la tong tong ramai ramai..
Kat bawah ni gambar budak budak pelahap Pizza yang sangap..
Apa da tukang tangkap gambar ni.. Tangkap gambar gegar plak.. Jangan parkinson sudah huhu..Selepas beberapa minit tak sampai sejam semua dah clear..Tinggal kotak je..
Kalau hari hari pekena pizza boleh botak kepala. Tapi untuk juadah time lepak lepak dengan kawan kawan sesuai la. Kalau yang ada darah tinggi tu jangan lupa makan ubat lepas makan pizza.. Adios~~