Menurut sumber, model baru Proton 2012, Proton P3-21A akan dilancarkan pada 15 Mac 2012 ini. Buat masa ini model baru Proton 2012 ini masih dikenali sebagai Proton P3-21A. Nama sebenar model ini akan diketahui beberapa hari sebelum hari pelancarannya. Besar kemungkinan nama model ini ialah Proton Espire.
Di jangkakan harga Proton P3-21A yang bakal ditawarkan adalah antara RM63,000 hingga RM73,000. Secara amnya harga ini adalah harga mampu milik memandangkan harga model-model Proton sedan yang lain juga adalah dalam lingkungan harga yang sama.
Kalau sebelum ini hanya beberapa bahagian model ini berjaya didedahkan namun kali ini gambaran penuh model ini berjaya didedahkan.
Jom kita terjah gambar penuh Proton P3-21A ini :-
Sebenarnya gambar Proton P3-21A berjaya dirakam oleh forum Lowyat ketika pihak Proton sedang menjalankan penggambaran iklan TV. Tetapi dalam pada sorok-sorok itu, berjaya juga dirakam gambarnya.
Selepas ini mungkin spesifikasi yang ditawarkan oleh Proton P3-21A akan didedahkan sedikit masa lagi. Bila spesifikasi penuh model ini diketahui maka mudahlah kita membuat perbandingan keseluruhan model ini dengan model-model kereta sedan yang lain yang ada di pasaran.
Apa pendapat anda dengan dengan gambar terbaru Proton P3-21A yang mana kita boleh melihat rekabentuknya dengan lebih jelas kali ini ? Secara peribadi, saya lebih teruja jika model ini 100% sama macam Proton Tuah...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~