BREAKING NEWS
Upacara Pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru ke 14 Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Sultan Kedah) berlangsung pagi ini (13 Disember 2011).
Siaran langsung (live) Pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru ke 14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah disiarkan di TV1 di mana upacara melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di adakan di Istana Negara.
Siaran langsung (live) Pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru ke 14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah disiarkan di TV1 di mana upacara melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di adakan di Istana Negara.
Dengan pertabalan Yang Di Pertuan Agong baru ke 14 ini, maka Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan memegang tampuk pemerintahan Malaysia bagi tempoh 5 tahun manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu”adzam Shah sudah pun tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi ini bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.
Upacara bermula pada 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh baginda di Balairong Seri.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim, yang memakai pakaian diRaja Kedah yang dikenali sebagai 'Sikap' yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tenggolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.
Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.
Daulat Tuanku. Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dan melimpahkan rahmat kepada seluruh rakyat Malaysia..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~