Motosikal Modenas Kriss MR1 telahpun dilancarkan oleh Modenas baru-baru ini. Modenas Kriss MR1 ini dihasilkan bertemakan slogan ‘Motosikal Untuk Rakyat”.
Model motosikal Modenas Kriss MR1 ini diinspirasikan berasaskan model popular Modenas Kriss iaitu motosikal keluaran pertama Modenas.
Kriss MR1 dijual pada harga terendah di pasaran dengan nilai jualan hanya RM2,948.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insuran).
Jom kita lihat spesifikasi yang ditawarkan oleh model ini :-
Apa yang pasti model dihasilkan berlandaskan kepakaran anak tempatan dan menggunakan teknologi Jepun yang menjanjikan sebuah produk kepada pengguna dengan nilai pulangan yang berbaloi (value for money).
Model ini dilengkapi enjin berkuasa 100cc dengan Sistem Gear Berputar (Rotary Gear System), rekabentuk lampu hadapan dan belakang yang menarik dan sporti. Tangki minyak yang berukuran 4.3 liter direkodkan mampu mencatat perjalanan sehingga 200km jauhnya.
Pilihan warna yang ada pula ialah Putih atau Biru.
Dengan harga dibawah RM3000, rasanya memang ramai yang berkemampuan untuk memiliki motosikal ini dan bolehlah dianggap motosikal paling murah setakat ini.
Menurut Modenas, walaupun dijual pada harga murah namun Modenas tidak berkompromi dari segi kualiti dan pelbagai siri ujian telah dilakukan terhadap model itu bagi memastikan ketahanannya sebelum dipasarkan.
Kalau nak tengok dengan lebih dekat Modenas Kriss MR1 ini anda boleh datang dan cuba sendiri motosikal ini di wakil-wakil pengedar Modenas seluruh Malaysia...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~