Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Tips Atasi Kesukaran Tidur Malam (Insomnia)



Mungkin ada di antara kita mengalami kesukaran untuk tidur di malam hari atau lebih dikenali sebagai insomnia. Anda bagaikan kelawar yang baru memulakan aktiviti di saat kebanyakan orang lain sudah lena dibuai mimpi. 


Ada di kalangan kita sampai melakukan pelbagai aktiviti seperti mengira bulu kambing semata-mata mahu mengantuk agar otak penat dan tubuh yang letih dapat cepat beristirahat. Sampai begitu sekali !


Masalah kesukaran tidur sering dikaitkan dengan masalah psikologi. Sebenarnya, jenis makanan yang anda makan mempunyai peranan yang besar. Jadi pastikan makanan yang anda makan pada waktu malam dapat memudahkan anda untuk tidur. 


Jom kita terjah antara beberapa jenis makanan sebagai cara mengatasi kesukaran tidur malam (insomia) :- 



1. Ikan Salmon

  • Lemak yang terkandung dalam ikan salmon (docosahexaenoic acid, atau disingkat DHA) dapat meningkatkan  hormon melatonin, iaitu hormon yang dapat membuatkan anda mengantuk.


2. Sayur kacang


  • Kacang buncis dan kacang-kacang lain adalah sumber vitamin B yang baik, termasuk B6 dan B12 yang membantu tubuh menghasilkan hormon serotonin atau hormon yang membawa perasaan tenang dan rileks. Kajian mendapati bahwa peningkatan vitamin B dalam badan dapat menjadi penawar bagi mereka yang mengalami insomnia.


3. Yogurt rendah lemak



  • Yogurt adalah sumber kalsium dan magnesium yang baik. Keduanya adalah sumber penting untuk menberi anda tidur lebih berkualiti. Sumber mineral tersebutlah membantu anda tidur lebih cepat. Jika kekurangan kalsium dan magnesium, tubuh akan mengalami krem otot, meningkatkan stres lebih tinggi dan menjadikan masalah tidur menjadi lebih buruk.


4. Bayam




  • Sayuran berdaun hijau gelap adalah sumber zat besi yang baik. Zat besi terbukti dapat membantu tubuh melindungi dari serangan "restless legs syndrome" (sindrom kaki resah).

  • Restless legs syndrome terjadi ketika kaki seseorang itu menjadi tidak selesa dan di boleh di rasa dengan keadaan kaki yang tidak menyenangkan, seperti rasa terbakar, semut-semut, dan ditarik-tarik. Banyak orang merasa seperti kesemutan tepat di bawah kulit kaki.

Yang pasti elakkan minum kopi atau Nescafe kerana kaffein akan menyebabkan kita sukar untuk tidur.. Semoga tips di atas dapat mengatasi kesukaran tidur malam (insomnia) anda !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget