Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



Ustazah Firuz telah dinobatkan sebagai pemenang (juara) Ustazah Pilihan musim pertama 2011 dalam Malam Kemuncak Ustazah Pilihan yang di adakan di Dewan Utama, Shah Alam Conventrion Centre (SACC) pada 1 Disember 2011. 


Setelah Ustazah Firuz muncul sebagai pemenang (juara) Ustazah Pilihan musim pertama, tempat ke 2 pula jatuh kepada Ustazah Hidaya, tempat ke 3 pula milik Ustazah Siti dan Ustazah Fira mendapat tempat ke 4.


Pada Malam Kemuncak ini, Ustazah Firuz dan Ustazah Hidaya berjaya mara ke pusingan kedua bagi menetukan kejuaraan manakala perjuangan Ustazah Fira dan Ustazah Siti berhenti di pusingan pertama.


Namun tuah nyata milik Ustazah Firuz apabila menegetepikan Ustazah Hidaya di pusingan kedua untuk muncul pemenang Ustazah Pilihan musim pertama 2011.




Selaku juara, Firuz membawa pulang sebuah kereta Peugeot, wang tunai berjumlah RM25,000, Pakej Haji dan Umrah, biasiawa Yayasan Antarabangsa al-Madinah, barangan elektronik, pakej spa beserta sebuah trofi.


Tugasan pada minggu terakhir menyumbangkan 40% daripada markah keseluruhan. 40% lagi dinilai daripada ujian bertulis manakala baki 20% dikira berdasarkan hujah yang disampaikan pada Raudhah Ustazah Pilihan.


Siaran Langsung (live) Kemuncak Ustazah Pilihan telah di adakan di Dewan Utama, Shah Alam Conventrion Centre (SACC) dan boleh ditonton di saluran Astro Oasis saluran 106 jam 9 malam. 


Tahniah kepada Ustazah Firuz yang muncul pemenang (juara) Ustazah Pilihan musim pertama !



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~

Comments
4 Comments

4 comments:

Haris Khairuddin said...

dari awal memang dah rasa aura ustazah firuz.. dah rasa aura2 juara tu. huhu. ;p

Sandokhan said...

orait jugek Ustazah Firuz nie...

Miss PIJAOSIX said...

salam..

takde kesempatan nak tgk rancangan nih...asik miss je...

Yumida said...

tahniah utk usztzh firuz...mmg terbaek..ske gak kt die....

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget