Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Debit Card RHB Bank Ada Annual Fee ?



Baru-baru ini saya pergi ke cawangan RHB Bank untuk activate balik saving account. Maklumlah dah genap setahun tak aktif maka akaun akan di kategorikan sebagai 'not active' secara automatik.


Memandangkan masih ada wang dalam akaun itu saya pun activate kan balik. Kalau tak activate dalam tempoh masa yang ditetapkan maka baki wang akan di absorb pihak bank. Daripada bagi free duit itu kepada pihak bank baik activate balik akaun. 


Masa nak activatekan saya request untuk tukar kad ATM yang baru memandangkan kad lama dah pecah. Itulah sebab utama akaun tak aktif. Kad baru yang saya dapat adalah seperti di bawah :-




Memang cantik kad baru ini. Rupa-rupanya RHB Bank sekalikan kad ATM dengan kad Debit. Bagus juga idea ni. Bila berbelanja nanti dia akan deduct terus dari akaun kita. Nak gunakan untuk online shopping pun boleh. Tak perlu ada kad kredit pun tak apa.


Semasa dapat kad ini, pihak Bank sertakan sekali panduan penggunaan berserta terma-terma dan syarat-syarat. Belek punya belek terjumpalah klausa ini :-




Berdasarkan klausa di atas, Debit Card RHB Bank ini ada annual fee (yuran tahunan) RM 20! Tiap-tiap tahun kena bayar! Kalau baki tak cukup dalam akaun untuk memperjelaskan annual fee ini maka pihak bank mempunyai hak untuk melakukan pemotongan dari akaun lain bawah RHB Bank.


Di sebabkan ada annual fee RM 20 ini saya bercadang nak tutup saja akaun RHB ini. Lagipun ada debit card bank lain yang tidak ada annual fee seperti CIMB Bank. Sekarang ini banyak bank yang tak mengenakan annual fee untuk debit card.


Sebagai pengguna, kita perlu bijak untuk menilai sesuatu produk itu. Jangan hanya melihat kepada luarannya sahaja. Yang penting baca terma dan syarat sebelum bersetuju membeli apa jua produk atau perkhidmatan. Kemudian buatlah perbandingan. Beli produk atau perkhidmatan yang memberi keuntungan kepada kita...



Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~   

Comments
2 Comments

2 comments:

iza said...

Assalam..

Dok ingat nak buat juga kad debit RHB ni utk aktifkan paypal.kalau setahun -20, jarang guna, rugi pulak kan..


Uruskan Android Dari Komputer|Teratak Usang

Sharinginfoz said...

macam mana benda alah ni kena bayar le pula

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget