Pembayaran pencen dan bayaran khas pesara 2012 (Bajet 2012) iaitu pembayaran buat kali kedua akan dibuat pada 16 Disember ini sempena sambutan Krismas.
Penerima yang dibayar melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen dan bayaran khas 2012 berkenaan di bank-bank yang terbabit pada tarikh berkenaan.
Bagi bayaran khas sebanyak RM500 itu pula akan dikredit terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B.
Ini bermaka penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank bagi mengeluarkan RM500 itu.
Untuk makluman lanjut mengenai pembayaran pencen dan bayaran khas pesara 2012 ini anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478/4479.
Kepada mereka yang menerima pembayaran pencen dan bayaran khas 2012 ini jangan berbelanja yang bukan-bukan pula. Berbelanjalah dengan berhemah. Perlu di ingat perjalanan hidup kita tidak boleh diramal maka lebih baik kita simpan sedikit wang untuk hari tua kita...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~