Sistem tiket baru 1 hala bersepadu LRT dan Monorel sudah dilaksanakan bermula 30 November 2011. Ini bermakna hanya 1 tiket yang digunakan untuk perkhidmatan aliran transit ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, Ampang dan perkhidmatan monorel.
Dengan pelaksanaan sistem tiket baru 1 hala bersepadu LRT dan Monorel yang menggunakan MyRapid Pass dan token baru bagi satu perjalanan membolehkan penumpang tidak perlu lagi mendapatkan tiket untuk perkhidmatan yang berbeza. Ini dapat mempercepatkan proses membeli tiket untuk 60 penumpamg dalam masa seminit.
Melalui sistem bersepadu Kutipan Tambang Automatik (AFC) ini, pelanggan boleh membeli dan menambah nilai tiket secara online melalui laman web sekaligus pelanggan tidak perlu lagi beratur di mesin tiket dan kaunter bagi membeli atau menambah nilai.
Secara peribadi pengenalan sistem tiket baru 1 hala bersepadu LRT dan Monorel ini sememangnya mampu mempercepatkan pergerakan penumpang dan menjadikan perjalanan lebih mudah dan pantas. Namun begitu saya rasa pelaksanaannya adalah tergesa-gesa.
Sistem tiket baru 1 hala bersepadu LRT dan Monorel ini dihebahkan kepada pengguna hanya beberapa hari sebelum tarikh pelaksanaanya. Ramai yang tidak menyedari mengenai perkara ini memandangkan ia diumumkan menjelang 3 hari cuti (cuti hujung minggu + cuti pelepasan am) iaitu pada 26, 27 dan 28 November 2011.
Maklumlah pada ketika itu masing-masing sudah berkira-kira mahu bercuti atau pulang ke kampung halaman sempena 3 hari cuti maka perkara-perkara yang melibatkan urusan berkaitan kerja dan hal hal lain biasanya diketepikan.
Akibatnya apabila mereka kembali semula berkerja pada 29 November 2011, ramai pengguna LRT keliru dengan sistem baru ini walaupun mereka menggunakan perkhidmatan tren itu setiap hari sebelum ini.
Bertambah teruk lagi apabila beberapa mesin tidak berfungsi dengan baik sekaligus menyukarkan pengguna. Mesin itu juga tidak menerima wang RM10. Maka pengguna perlu sentiasa menyediakan wang kecil RM1.
Malangnya perkara ini berlaku pada hari mula berkerja selepas cuti hujung minggu yang turut di kenali sebagai "monday blues" walaupun hari mula berkerja jatuh pada hari selasa 29 November 2011.
Tatkala mood untuk berkerja masih belum datang, perkara-perkara yang mengjengkelkan berlaku sebelum sampai ke pejabat. Siapa tak marah. Ini boleh membunuh mood untuk berkerja !
Memandangkan jutaan penduduk sekitar Lembah Klang bergantung kepada LRT dan Monorel untuk bergerak setiap hari, sepatutnya PRASARANA memaklumkan mengenai pelaksanaan sistem tiket baru 1 hala bersepadu ini LEBIH AWAL untuk mengelakkan kekeliruan pengguna di saat akhir.
Selain itu media memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan makluman ini kepada masyarakat. Kalau setakat disiarkan di berita TV dan radio sahaja tidak cukup. Contohilah iklan SSPN PTPTN yang di highlight di kaca TV setiap kali berita, iklan komersil dan program-program lain...
Adios~~~~~~