Fenomena gerhana bulan penuh akan berlaku malam ini (10 Disember 2011) yang akan bermula dari pukul 7.34 petang Sabtu sehingga 1.30 pagi Ahad (11 Disember 2011).
Fenomena gerhana bulan penuh dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.
Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca.
Kalau anda nak melihat dengan lebih dekat lagi fenomena gerhana bulan penuh 10 Disember 2011 ini, anda boleh datang ke Planetarium Negara atau melalui laman sosial Facebook, 'Lunar Malaysia Eclipse'.
Yang penting jangan lupa malam ini saksikan fenomena gerhana bulan ini. Bukan selalu kita dapat saksikan fenomena alam yang indah ini. Lebih baik lagi jika anda dapat hadir ke masjid dan surau untuk melakukan solat sunat khusuf secara berjemaah sempena fenomena tersebut bagi meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~