Ariff Alfian Rosli pelajar Malaysia hilang di Ireland rupanya berkahwin Dengan Gay di Dublin, Ireland ! Gambar perkahwinan Ariff Alfian Roslin (pelajar tajaan Petronas) dengan pasangan gaynya telah tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.
Sebelum ini bapa Ariff Alfian, Rosli Haron buntu mengesan anak keduanya itu setelah dilaporkan hilang sejak 3 tahun lalu dan pelbagai usaha mencari termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland.
Tambah malang, Rosli kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
Pihak Kedutaan Malaysia di Ireland mengesahkan kehadiran Ariff Alfian di negara itu namun Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.
Ketika Ariff Alfian disahkan selamat kita dikejutkan pula dengan berita beliau sudah berkahwin dengan gay ! Astagfirullahazim, saya tak tahu apa nak diperkatakan lagi.
Pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, Ariff Alfian memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang bernama Jonathan yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya dan berkucupan.
Memang lega mendengar berita Ariff Alfian selamat namun AKIDAH nya belum selamat. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan beliau dari lembah kehinaan.
Dalam hal ini, janganlah disalahkan ibu bapanya 100%. Tidak ada ibu bapa di dunia ini yang mahu anak mereka jadi homoseksual. Mungkin budaya songsang di luar negara mempengaruhi minda dan pemikiran beliau.
Inilah padahnya kalau ada yang terlalu berfikiran liberal, semuanya hendak dihalalkan demi kebebasan dan atas nama hak asasi manusia.
Oleh itu sama-sama lah kita berdoa agar beliau dapat kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Yang penting usaha berterusan perlu dilakukan untuk menyelamatkan beliau kerana ia melibatkan maruah agama Islam dan negara...
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~