KL City Walk bakal menjadi daya tarikan terbaru Kuala Lumpur kerana KL City Walk ini lain dari yang lain dengan menawarkan kawasan beli-belah terbuka berkonsepkan laluan pejalan kaki dan gerai.
Dengan konsep yang berlainan dari destinasi membeli belah yang lain, KL City Walk ini di jangka mampu menambahkan lagi populariti Kuala Lumpur sebagai destinasi membeli-belah yang unggul.
Lokasi KL City Walk bolehlah dianggap strategik apabila dikelilingi pejabat, hotel dan kediaman selain mempunyai jejantas yang menghubungkannya dengan pusat beli-belah Pavilion serta Kuala Lumpur City Centre (KLCC), antara kawasan tumpuan pelancong .
KL City Wall ini terletak sepanjang setengah kilometer itu terletak berhampiran Jalan P.Ramlee bersebelahan Rohas Perkasa hingga Jalan Pinang berhadapan Wisma UOA.
Antara produk yang dijual sepanjang KL City Wall ini ialah produk tempatan seperti makanan, cenderahati dan kraf tangan yang melambangkan identiti Malaysia.
Secara peribadi, bagus juga ada kawasan beli-belah terbuka berkonsepkan laluan pejalan kaki ini. Bukan sahaja dapat menjana ekonomi peniaga gerai-gerai kecil ia juga dapat menggalakkan orang ramai mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian. KL dah cukup sesak dah dengan jumlah kenderaan yang sedia ada....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~