Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia di Plaza Centrum Setiawangsa, Kuala Lumpur telah pun di buka baru-baru ini. Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia di buka setiap hari dari 7 pagi sampai 10 malam.
Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia ini menawarkan pelbagai jenis ikan yang dijual 30-40% lebih murah namun 5 jenis ikan di bawah kategori ikan 1Malaysia iaitu ikan kembung, selar, selayang, cencaru dan ikan pelaling adalah lebih banyak dijual.
Hargi ikan di kedai ini di jamin lebih murah dan segar sebagai contohnya ikan kembung hanya dijual pada harga RM5 hingga RM7 sekilogram berbanding harga pasaran yang kini mencecah RM12 sekilogram.
Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB). Tertanya-tanya juga kenapa tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar (RSIB) yang dapat projek ini ya? Hmm...
Bila kedai ini dapat jual ikan dengan harga 30-40% lebih murah dari harga pasaran adakah ini bermakna sebenarnya harga ikan di pasaran adalah jauh lebih rendah ?
Adakah ini bermakna selama ini 'orang tengah' lah yang banyak mengaut untung memandangkan pendapatan nelayan tak lah seberapa sangat. Masih ramai nelayan yang berstatus miskin di Malaysia ini.
Harga ikan kalau ikutkan sekarang ni memang mahal sedangkan kerajaan dah bantu macam-macam subsidi seperti subsidi minyak diesel dan petrol, elaun sara hidup RM200 sebulan, insentif tangkapan ikan lah tapi ikan tetap mahal.
Sebelum ini semua subsidi ini takde, harga ikan lagi murah tapi bila dah ada macam-macm subsidi, harga ikan menjadi mahal la pulak. Bukankah tujuan subsidi diberi ialah untuk mengurangkan harga ikan.. Ada siapa-siapa boleh jawab tak....
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~