Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Proton Saga FLX SE 1.6L 2011




Proton Saga FLX SE 1.6L telahpun dilancarkan pada 1 Disember 2011 seperti laporan Admin sebelum ni. Proton Saga FLX SE 1.6L ini dikuasakan enjin CamPro IAFM 1.6 liter, ditawarkan hanya bersama transmisi automatik CVT tanpa pilihan kotak gear manual.


Kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan 4% berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini.


Jom kita lihat ruang dalam (interior) model ini dengan lebih dekat :-




Di bahagian dashboard dan stereng model ini, kita dapat lihat ruang dalamannya dari stereng ke dashboard menggabungkan warna hitam dan jahitan benang berwarna merah bagi menampakkan imej simple dan kemas. 


Model ini di datangkan dengan 2 pilihan warna sahaja iaitu Putih Solid (Solid White) dan Merah Api (Fire Red). Kalau ada banyak pilihan warna pastinya pembeli dapat banyak pilihan untuk memiilih.


Kuasa kuda pula boleh mencecah setinggi 108hp@5,750rpm dan tork maksimum 150Nm@4,000rpm manakala waranti 3 tahun di berikan atau 100,000km (yang mana sampai terlebih dahulu).




Pada bahagian seat, kita dapat menyaksikan kusyen juga diperkemaskan dengan balutan kulit dan jahitan benang berwarna merah yang turut melibatkan kemasan pada panel pintu, brek parking dan tuil penukar gear.


Harga Proton Saga FLX SE 1.6L ini bermula dari RM49,449.00 (Solid) dan RM49,899.00 (Metalik) iaitu tambahan harga sebanyak RM2,900.00 berbanding Saga FL 1.6 automatik.


Jom kita lihat bahagian luaran (exterior) model ini pula :- 




Apa yang boleh kita lihat ialah model ini dipasangkan rim aloi 15 inci, kit badan lengkap dari kilang, lampu kabus dan kemasan lampu combi belakang dengan kesan ‘smoked’ serta kit badan yang elegan dan sporty.


Bagi mereka yang masih mencari-cari kereta idaman untuk dimiliki, mungkin Proton Saga FLX SE 1.6L 2011 inilah jawapannya. Rasanya harganya berpatutan dengan ciri-ciri yang di tawarkan.


Oleh itu sudi-sudikanlah  melawat bilik pameran Proton seluruh Malaysia untuk melihat model ini dengan lebih dekat...




Velasrizal Rodriguez



Adios~~~~~~


Comments
2 Comments

2 comments:

Sharinginfoz said...

memang cantik le bro

Anonymous said...

Warna merah atau warna putih cantik..dua2 warna ni cantik nk beli yg mn yer..apa beli dua2 sekali dh agak

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget