Keputusan undian EURO 2012 untuk peringkat kumpulan telah pun diketahui. Majlis cabutan undian EURO 2012 ini di adakan di Palace of Arts di Kyiv, Ukraine pada 2 Disember 2011.
16 pasukan yang layak ke EURO 2012 akan diundi dalam 4 kumpulan. 16 pasukan ini diletakkan di dalam 4 pot untuk di undi mengikut kumpulan.
Pot 1: Spain, Netherlands
Pot 2: Germany, Italy, England, Russia
Pot 3: Croatia, Greece, Portugal, Sweden
Pot 4: Denmark, France, Czech Republic, Republic of Ireland
Sebagai tuan rumah, Poland secara automatik diletakkan dalam kumpulan A manakala Ukraine pula dalam kumpulan D.
Inilah dia keputusan undian EURO 2012 peringkat kumpulan :-
Kumpulan A : Poland, Czech Republic, Greece, Russia
Kumpulan B : Netherlands, Denmark, Portugal, Germany
Kumpulan C : Spain, Republic of Ireland, Croatia, Italy
Kumpulan D : Ukraine, France, Sweden, England
Kumpulan B : Netherlands, Denmark, Portugal, Germany
Kumpulan C : Spain, Republic of Ireland, Croatia, Italy
Kumpulan D : Ukraine, France, Sweden, England
Nampaknya kumpulan B bolehlah di anggap sebagai kumpulan maut apabila menemukan Naib Juara Piala Dunia 2010, Netherlands bersama-sama Portugal, Germany dan Denmark.
Juara Bertahan, Spain pula di jangka mendapat tentangan hebat dari juara Piala Dunia 2006 Italy selain Croatia dan Republic of Ireland dalam kumpulan C.
Apa pendapat anda mengenai keputusan undian EURO 2012 ini ? Agak-agak cerah tak pasukan pilihan anda untuk melepasi peringkat kumpulan ini? Secara peribadi, saya pilih Spain untuk muncul Juara EURO 2012. Anda pula bagaimana ?
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~~~~