Tarikh pilihan raya negeri Sarawak ke 10 jatuh pada 16 April 2011 manakala tarikh penamaan calon jatuh pada 6 April 2011. Tempoh berkempen adalah selama 11 hari.
Perkara ini di umumkan oleh pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam 1 sidang media di Kuching sebentar tadi.
DUN Sarawak telah dibubarkan isnin lalu (21 Mac 2011) di mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun 2010.
Untuk rekod, BN Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan 7 kerusi, termasuk 1 masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.
Pilihan raya negeri Sarawak ke 9 sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.
Sebenarnya kempen melalui media massa sudah pun bermula secara senyap. Banyak program-program TV berkenaan pembangunan Sarawak di tayangkan di TV setiap hari..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~