LATEST UPDATE
Pasangan beregu Malaysia Koo Kien Kiat - Tan Boon Heong tewas kepada pasangan Denmark Mathias Boe - Carsten Mogensen dalam rubber set 21-15 18-21 18-21 final beregu lelaki.
Beregu Malaysia yang menang pada set pertama dengan bergaya tiba-tiba hilang 'sengat' apabila kerap menghadiahkan lawan bola tanggung yang mudah di matikan pasangan Denmark pada set kedua. Beregu Denmark menang 18-21.
Set ketiga seakan-akan milik beregu Malaysia apabila mendahului 11-6 namun kesilapan bola tanggung dan menghantar bola keluar gelanggang menyaksikan beregu Denmark menang 18-21 di set ketiga.
Set ketiga seakan-akan milik beregu Malaysia apabila mendahului 11-6 namun kesilapan bola tanggung dan menghantar bola keluar gelanggang menyaksikan beregu Denmark menang 18-21 di set ketiga.
Beregu Denmark, Mathias Boe - Carsten Mogensen muncul juara beregu lelaki All England apabila menang 21-15 18-21 18-21.
Sementara itu, Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan Seluruh England apabila menumpaskan pemain China, Lin Dan 21-17 21-17 pada final perseorangan dalam masa 52 minit.
Pada set pertama banyak kesilapan yang dilakukan oleh Lin Dan sekaligus tewas kepada Chong Wei 21-17 walaupun Lin Dan sering mengekori rapat mata yang di perolehi Chong Wei.
Set kedua menyaksikan Lin Dan jauh di tinggalkan Chong Wei 8-2 namun kembali memperkemaskan rentak sehingga 14-13 namun sudah terlambat menghalang Chong Wei untuk menang 20-17.
Tahniah Lee Chong Wei yang muncul sebagai juara perseorangan lelaki All England untuk 2 tahun berturut-turut..

PREVIOUS ENTRY
Hari ini kita akan mengetahui keputusan @ result Lee Chong Wei VS Lin Dan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong VS Mathias Boe-Carsten Mogensen live Final All England (13 Mac 2011).
Rekod pertemuan Chong Wei VS Lin Dan nyata kemenangan memihak Lin Dan yang merakam 17 kemenangan daripada 22 pertemuan.
Pertemuan kedua-dua seteru itu mengulangi pertembungan final 2009 yang menyaksikan Lin Dan unggul untuk memenangi mahkota kejuaraan kejohanan tertua itu buat kali keempat selepas 2004, 2006 dan 2007.
Chong Wei pula akan turun sebagai juara bertahan apabila memenangi All England pada 2010. Untuk rekod Chong Wei berada di ranking no 1 dunia dan Lin Dan pula no 3 dunia.
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pula berpeluang merampas kejuaraan All England yang dimenangi pada 2007, apabila melangkah ke perlawanan akhir selepas menundukkan juara dunia, Fu Haifeng-Cai Yun dari China di separuh akhir.
Pasangan No. 5 dunia ini menempah pertemuan akhir dengan beregu No. 1 dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark dalam penentuan gelaran juara beregu All England 2011.
Jangan lupa saksikan perlawanan Lee Chong Wei VS Lin Dan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong VS Mathias Boe-Carsten Mogensen secara live Astro Super Sport saluran 811 pada 8 malam 13 Mac 2011 ini.
Keputusan perlawanan final All England ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat..
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~