Baru-baru ini Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan syarat kelayakan baru untuk mendapatkan dan penggunaan kad kredit berkuatkuasa pada 18 Mac 2011 ini.
Inilah syarat-syaratnya :-
- Setiap pemegang kad perlu mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM36,000 setahun @ RM3000 sebulan.
- Pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun @ RM 3000 sebulan atau kurang, hanya boleh memiliki kad kredit daripada 2 pengeluar kad sahaja.
- Bagi mereka yang memiliki kad kredit lebih daripada 2 pengeluar kad diberi tempoh sehingga akhir tahun ini untuk menentukan pengeluar kad yang menjadi pilihan.
- Tempoh masa sekurang-kurangnya dua tahun diberikan kepada pemegang kad untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang dibatalkan.
- Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi 2 kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar.
Pada pendapat saya, syarat baru ini dapat meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap penggunaan kad kredit sebagai instrumen bayaran yang selamat sekaligus memastikan paras hutang isi rumah terkawal...
Apa pendapat anda ?
Velasrizal Rodriguez
Adios~~~~