Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted

Dah Tonton Hikayat Merong Mahawangsa !



Baru-baru ini saya berkesempatan ke TGV Wangsa Walk Mall untuk menonton Hikayat Merong Mahawangsa. Merurut staf TGV, setiap kali tayangan filem ini mesti penuh dengan penonton.


Memang betul kata staf TGV itu, memang penuh penonton mahu menonton filem ini. Bayangkanlah pukul 3 petang dah habis tiket untuk tayangan jam 9 malam.




So di sini saya nak komen sikit lah tentang filem ini. Secara keseluruhan, penggunaan prosa melayu klasik melalui skrip filem, kostum, set, imej janaan berkomputer (CGI) dan kesan bunyi memang terbaik.


Watak paling menonjol ialah Kamawas lakonan Khir Rahman yang membawa watak antagonis sehingga sedikit menenggelamkan watak Merong Mahawangsa lakonan Stephan Rahman Hughes.




Agak mengecewakan sedikit apabila gred warna filem ini yang agak kusam sehingga objek yang dipaparkan pada layar adakalanya terlalu kabur dan tidak jelas.


Andai kata gred warna filem ini lebih cerah terutamanya pada babak-babak pertarungan, pasti visual Hikayat Merong Mahawangsa nampak lebih gah dan hebat setaraf filem epik antarabangsa.




Namun begitu kredit harus diberikan kepada KRU Studios kerana walaupun berdepan kekangan modal, tenaga, sumber dan kepakaran, filem ini tetap sarat dengan aksi pertarungan yang mengagumkan, percikan darah, hujan ribuan anak panah dan gerak lawan tampak sangat menjadi.


Apa-apa pun, janganlah kita bandingkan dengan karya epik luar, khususnya Hollywood, kerana modal mereka  ratusan juta ringgit sedangkan Hikayat Merong mahawangsa hanya RM8 juta.




Kepada yang belum menonton Hikayat Merong Mahawangsa di pawagam, cepat-cepatlah serbu mana-mana pawagam berdekatan. Memang tak rugi menonton filem ini. Saya bagi 4 bintang dari 5 bintang !


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~~

Comments
12 Comments

12 comments:

ISZA said...

heboh sana sini.. bilalah akak dapat
pergi..

Sharinginfoz said...

apa lagi jom menonton

ejaMaria said...

alamak... ni yg tak sabar nak tunggu hujung minggu nih... ;p

Mr feckry said...

ramai yang kata khir rahman lebih menonjol

Miss PIJAOSIX said...

en rizal...pergi tgk tak ajak i pun...

Zura Tahir said...

xtgk lg..

iza said...

As salam..
Bila lah agaknya nak boleh tgk..

N@d0x $i k0d0x said...

memang best..! nak pergi untuk kali ke 2 hahaha

http://katakkenyang.blogspot.com/2011/03/review-hikayat-merong-mahawangsa.html

AdaSomething said...

Jai..aku lupa nk bagi tau..yang aku dapat tgok tayangan perdana filem ni...2 hari lagi awal la...pastu aku ada nmpak meja registration for Bloggers....otak aku terus teringat kat ang...KRU patut tgok usaha keras ang ni...

haha-sama said...

mmg terbaek.....plg best skali scene lawan2....tp bg ak penceritaan ad klmhn sket...pa2 pon ttp enjoy tgk cite neh...rs nk tgk skali lg...hhohoohoho....

amirah said...

nk tunggu raya ler jugak..hihi

Anonymous said...

mmm... script prosa klasik tu tak da la terbaik sgt... nmpk janggal dan mcm susah sgt nk ckp... mcm mula2 diorang buat skrip biasa pastu baru tukar jadi prosa klasik...

bagi aku skrip PGL terbaik dan nampak natural...

overall aku bagi 3.8/5 bintang.

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget