Aku Lihat Aku Fikir Aku Tulis...

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

You need to upgrade your Flash Player to version 10 or newer.

Ruang Iklan

Photobucket Be The Most Wanted ruang pengiklanan Be The Most Wanted Be The Most Wanted
Be The Most Wanted Be The Most Wanted Maxis Maxis Be The Most Wanted



LATEST UPDATE


Keputusan @ Result Manchester United VS Arsenal Live 6th Round FA Cup 13 Mac 2011 berpihak kepada Manchester United yang menang 2-0 ke atas Arsenal.


Separuh masa pertama di dominasi oleh Arsenal kerana bahagian tengah Manchester United di barisi pemain muda yang kurang berpengalaman seperti Gibson, Fabio dan Rafael.




Walaupun begitu, Manchester United mendahului pada minit ke 28 hasil jaringan Fabio apabila bola tepisan Manuel Almunia jatuh di hadapannya. 


Pada separuh masa kedua permainan menjadi seimbang apabila Manchester United memasukkan Ryan Giggs, Paul Scholes dan Antiono Valencia di bahagian tengah.




Gol kedua United di jaringkan oleh Wayne Rooney yang menanduk bola masuk ke gawang Arsenal ketika kekalutan di hadapan pintu gol pada minit ke 49.


Pada minit ke 80, Arsenal terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Johan Djourou mengalami kecederaan. Aaron Ramsey terpaksa bermain sebagai permain pertahanan menggantikan Djourou.  




Walaupun Arsenal bermati-matian mengasak gawang United untuk mencari gol penyamaan namun United kebal bertahan.Edwin Van Der Sar menyelamatkan beberapa percubaan bahaya Arsenal.


Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat permaianan. Ini bermakna Manchester United melangkah ke separuh akhir Piala FA musim 2010/2011.


PREVIOUS ENTRY


Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan @ result Manchester United VS Arsenal live 6th round FA Cup 13 Mac 2011 yang berlangsung di Stadium Old Trafford ini kan.


Kedua-dua pasukan mengalami nasib malang baru-baru ini. Manchester United tewas kepada Chelsea 1-2 dan Liverpool 1-3 baru-baru ini dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.



Arsenal pula tewas kepada Barcelona 3-4 dalam Liga Juara-Juara Eropah dan tewas kepada Birmingham City 1-2 dalam final Carling Cup.


Pastinya kedua-dua pasukan mahu menebus kekecewaan ini dengan memenangi perlawanan pusingan keenam Piala FA ini.




Jom kita lihat kesebelasan utama kedua-dua pasukan untuk perlawanan ini :-




Nampaknya kedua-dua pasukan kehilangan beberapa pemain utama seperti Cesc Fabregas dan Theo Walcott (Arsenal) dan Nani dan Rio Ferdinand (Manchester United).


Jangan lupa saksikan perlawanan Manchester United VS Arsenal live di  Astro Star Sports saluran 813 jam 1.10 pagi 13 Mac 2011. Keputusan perlawanan ini akan di update di blog ini sejurus perlawanan tamat.


Velasrizal Rodriguez


Adios~~~ 

Comments
2 Comments

2 comments:

Sharinginfoz said...

semoga arsenal menang dan mengembalikan maruah yang tercalar vs birmingham dan barca

Tieah Madian said...

Arsenal kalah daa.. Hahaha..



Entry Terbaru : Cerekarama : Berkalung Noda

Related Posts with Thumbnails

    ShoutMix chat widget